CONTOH MODUL PERSEDIAAN BELAJAR
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN EMPAT
MODUL 1
AYAT KEFAHAMAN
TOPIK : Surah Al-An'am : ayat 6
Manusia Perlu Bersyukur
TARIKH : 13HB Disember 2011
BAHAN : Kertas mahjong/kad manila/alat tulis/komputer dan
keperluannya/gambar-gambar berkaitan topik.
SUMBER : al-Quran / Tafsir al-Quran / VCD / DVD / CD
RUJUKAN :
- Buku teks
- Tafsir Pimpinan al-Rahman, Buku ulangkaji.
- Pelbagai buku agama berkaitan tajuk kesyukuran.
- Laman sesawang atau blog berkaitan tajuk.
ISI PELAJARAN :
1. Pembacaan al-Quran.
2. Terjemahan dan kefahaman ayat.
3. Penjelasan bentuk balasan umat terdahulu yang dibinasakan Allah.
4. Bentuk nikmat Allah.
5. Sebab-sebab balasan Allah kepada umat terdahulu.
6. Langkah-langkah menjamin kenikmatan Allah
7.Perkara yang perlu di lakukan tanda kita bersyukur
8. Peranan manusia sebagai khalifah Allah
9. Sebab- sebab manusia wajib bersyukur kepada Allah
10. Pengajaran ayat.
OBJEKTIF :
Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat :
Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat :
1. Menjelaskan kefahaman keseluruhan ayat.
2. Menguasai isi-isi pelajaran.
3. Mengemukakan pengajaran ayat.
4. Menyelesaikan item-item penilaian.
AKTIVITI PERSEDIAAN :
1. Pelajar dikehendaki membaca ayat 6 surah al-An'am secara bertajwid.
2. Memahami maksud terjemahan ayat 6 surah al-An'am
3. Menyediakan nota ringkas berkaitan isi pelajaran.
4. Melakukan rujukan melalui buku-buku, kitab-kitab dan internet.
AKTIVITI PERKEMBANGAN :
1. Beberapa orang murid akan dipilih untuk membaca surah al-An'am ayat 6 secara bertajwid.
2. Secara berkumpulan pelajar dikehendaki membincangkan dan membentangkan tajuk-tajuk berikut :
• Kumpulan 1 : Terjemahan dan maksud keseluruhan ayat.
Penjelasan bentuk balasan umat terdahulu yang dibinasakan Allah
• Kumpulan 2 : Bentuk nikmat Allah.
• Kumpulan 3 : Langkah-langkah menjamin kenikmatan Allah
• Kumpulan 4 : .Perkara yang perlu di lakukan tanda kita bersyukur
• Kumpulan 5 : Peranan manusia sebagai khalifah Allah
3. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan kumpulan secara paparan pada kertas mahjong atau kad manila atau paparan LCD.
4. Guru dikehendaki mencatat setiap hasil perbincangan dalam bentuk peta minda.
AKTIVITI PEMULIHAN/PENGAYAAN :
1. Jika pelajar tidak berjaya menguasai isi pembelajaran, maka anda dikehendaki:
a. menulis terjemahan ayat 6 surah al-An'am.
b. menyenarai kisah-kisah umat terdahulu.
2. Jika pelajar berjaya menguasai isi pembelajaran, maka anda dikehendaki:
a. mengemukakan pengajaran ayat.
b. menyatakan pengajaran daripada kisah-kisah Nabi dahulu.
PENILAIAN
1. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan penilaian di dalam buku teks
2. Pelajar dikehendaki menyelesaikan lembaran-lembaran kerja yang akan diedarkan oleh guru.
3. Pelajar dikehendaki menilai guru melalui ‘borang refleksi murid’ yang akan diedarkan oleh guru.